Thursday 30 April 2015

5 Sebab Kenapa Perlu Detoks


Detox  = Detoks :) 


Anda berusaha utuk turunkan berat badan melalui cara detoks tapi tak pasti apakah manfaat sebenar detoks pada badan anda? Manfaat detoks untuk kesihatan sebenarnya lebih sekadar untuk turunkan berat badan. 


Apakah Itu Detoks? 

Detoks merupakan suatu proses menyingkirkan bahan2 toxin dan bahan merbahaya keluar daripada badan. 



5 Sebab Kenapa Perlu Detoks


1. Supaya dapat menyingkirkan toxin merbahaya keluar daripada badan. 

Pendedahan kepada makanan yang tinggi asid, gula, dan garam akan menjejaskan sistem metabolisme, sistem imunisasi dan mudah timbulnya pelbagai penyakit. Jadi, proses detoks adalah sangat penting untuk memulihkan sistem dalam badan kita supaya organ-organ dapat berfungsi dengan baik di tahap optimum. 


2. Supaya dapat melambatkan penuaan 

Detoks membantu mengeluarkan radikal bebas yang terdapat dalam badan kita. Radikal bebas ini berpunca daripada asap kenderaan, asap rokok. persekitaran yang kotor boleh menjadikan kulit cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Jadi, detoks membantu memudahkan nutrient diserap oleh badan dan melawan radikal bebas yang terdapat dalam badan. 


Hentikan penuaan sebelum usia dengan DETOKS!


3. Supaya memudahkan proses penurunan berat badan berlaku 

Proses detoks sangat membantu memudahkan berat badan untuk turun. Ia membersihkan sistem badan daripada segala toksin yang merbahaya punca perut buncit dan berat badan berlebihan. 

Selain itu, detoks juga tidak membuatkan anda cepat lapar dan berat badan mudah naik turun (yoyo)




4. Supaya dapat meningkatkan kualiti kulit 

Apabila dalaman sihat, akan terpancar seri pada kulit. Kulit yang licin bebas jerawat sangat dipengaruhi oleh apa yang kita makan dan faktor alam sekitar. 

Minum air putih yang masak serta pemakanan buah-buahan yang tinggi antioksida sangat membantu memulihkan kualiti kulit kearah yang lebih sihat semulajadi. 


5. Supaya dapat meningkatkan kualiti hidup 

Kualiti hidup sering dikaitkan dengan kesihatan yang baik. Apabila segala toxin dalam badan dikeluarkan, badan akan jadi lebih segar bertenaga dan penyakit pun susah nak singgah. Penyakit seperti tumit bisa2, sukar tidur dan sistem perlawasan yang tidak teratur boleh diatasi melalui proses detoks! 


Hidup yang gembira bermula daripada kesihatan yang baik :) 





No comments:

Post a Comment