Wednesday 10 January 2018

Himpunan petua petua

Hai semua, hari ni Emi nak share himpunan petua petua yang Emi amalkan, Inshaa Allah menjadi. Entry ni Emi akan update from time to time jika ade petua baru yang Emi amalkan. Selamat mencuba.

1.  Cili tahan lebih lama di dalam peti sejuk
 Cili dibuang tangkai (sampai habis) bersihkan, Alaskan dengantisu dan masukkan sebiji bawang putih yang telah di buang kulit. Inshaa Allah cili akan kekal segar lebih dari 2 minggu.

2.  Penjagaan kulit
 Selepas dicuci muka jangan lap muka dengan towel yang kita lap badan. Seeloknya ambil tissue dan lekapkan pada muka .

3. Penjaggan rambut
Selepas dicuci rambut (rambut panjang especially) kalau boleh biarlah ia kering dengan sendiri. Tak perlu keringkan dengan pengering rambut. Rambut akan jadi lebih sihat
Rambut yang dicuci setiap hari akan lebih sihat sebab kita membuang minyak minyak dan kotoran dikepala. Rambut yang baru dan lebih sihat akan tumbuh. (bergantung kepada individu)
Pakai syampoo yang bersesuaian dengan rambut.

4.  Anak demam
Seelok eloknya anak yang demam kita basahkan badan dan kepala dengan air dari tangan, tak perlu menggunakkan kain. Kain pun tidak perlu diletakkan di atas kepala atau badan sebabnya kita nak haba dari badan anak kita keluar.
Pakaikan pakaian yang paling minimum seperti  lampin atau seluar dalam sahaja.

5. Milo tidak keras
Kadang kadang Milo bila dimasukkan ke dalam balang ianya boleh jadi keras. Tips setelah milo dibuka  simpan didalam peti sejuk. Sama ada dimasukkan ke dalam baling atau diikat dengan getah. Inshaa Allah so far yang Emi buat tak pernah lagi keras.

6.  Mengelakkan getah cempedak/nangka melekat di tangan
Lumurkan minyak masak ke atas pisau dan tangan sebelum memotong buah tersebut.