Pemakanan yang sihat dan berkhasiat adalah sangat penting dalam proses penurunan berat badan. Pengambilan buah-buahan dalam diet seharian adalah sangat digalakkan agar proses penurunan berat badan boleh berlaku dengan cepat dan berkesan.
Berikut adalah 5 jenis buah-buahan yang dapat membantu proses turunkan berat badan.
1. Buah Epal / Apple
Pengambilan buah epal setiap hari adalah sangat-sangat digalakkan. Sebiji buah epal mengandungi tinggi khasiat fiber dan mineral yang diperlukan oleh badan. Ia juga dikenali sebagai "SUPER FRUIT" kerana dapat membantu membekalkan fiber didalam badan dan mengurangkan rasa lapar.
2. Buah Pear
Buah pear adalah sangat terkenal sebagai buah-buahan yang mampu membantu menurunkan berat badan. Ia mengandungi tinggi fiber supaya anda rasa kenyang lebih lama. Selain itu. pear juga sangat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan dan juga mengelakkan masalah sakit jantung kerana mempunyai kandungan potassium yamg tinggi.
3. Pisang
Fungsi pisang yang seua orang thau adalah membantu melawaskan sistem pembuangan. Pisang mengandungi tinggi fiber dan potassium yang sangat membantu dalam proses turunkan berat badan. Pisang juga adalah buah yang mengandungi tinggi B6 yang sangat membantu untuk turunkan kadar kolesterol dan mengurangkan serangan jantung. Ambil pisang setiap hari dalam sarapan anda dan nikmati imunisais semkain meningkat dan waisltline semakin mengecil.
4. Strawberry
Strawberry adalah dilabel sebagai buah yang dapat membantu penghasilan hormon untuk pemecahan lemak, iaitu hormon adiponectin dan leptin. Kedua-dua hormon ini sangat membantu dalam memecahkan lemak serta meningkatkan metabolisme badan.
Selain itu juga strawberry juga mengandungi enzyme yang membantu merawat tisu dalaman yang rosak.
5. Betik
Betik adalah buah yang sangat baik untuk proses penurunan berat badan kerana ia mempunyai enzyme unik yang boleh membantu mempercepatkan proses makanan untuk diserap oleh badan. Ia kaya dengan antioksida, Vitamin C dan flavonoids. Betik boleh dimakan begitu sahaja atau bersama2 makanan utama anda.
Semoga segala info tentang buah-buahan untuk bantu turunkan berat badan dapat membantu anda mengamalkan diet sihat untuk kesihatan yang lebih baik.

Love Yourself More
Emilita Nazlina
017-3110580
The Diamond Circle