Hai semua, hari ni Emi nak share himpunan petua petua yang
Emi amalkan, Inshaa Allah menjadi. Entry ni Emi akan update from time to time
jika ade petua baru yang Emi amalkan. Selamat mencuba.
1. Cili tahan lebih lama di dalam peti sejuk
Cili dibuang
tangkai (sampai habis) bersihkan, Alaskan dengantisu dan masukkan sebiji bawang
putih yang telah di buang kulit. Inshaa Allah cili akan kekal segar lebih dari
2 minggu.
2. Penjagaan kulit
Selepas dicuci muka
jangan lap muka dengan towel yang kita lap badan. Seeloknya ambil tissue dan
lekapkan pada muka .
3. Penjaggan rambut
Selepas dicuci rambut (rambut panjang especially) kalau
boleh biarlah ia kering dengan sendiri. Tak perlu keringkan dengan pengering
rambut. Rambut akan jadi lebih sihat
Rambut yang dicuci setiap hari akan lebih sihat sebab kita
membuang minyak minyak dan kotoran dikepala. Rambut yang baru dan lebih sihat
akan tumbuh. (bergantung kepada individu)
Pakai syampoo yang bersesuaian dengan rambut.
4. Anak demam
Seelok eloknya anak yang demam kita basahkan badan dan
kepala dengan air dari tangan, tak perlu menggunakkan kain. Kain pun tidak
perlu diletakkan di atas kepala atau badan sebabnya kita nak haba dari badan
anak kita keluar.
Pakaikan pakaian yang paling minimum seperti lampin atau seluar dalam sahaja.
5. Milo tidak keras
Kadang kadang Milo bila dimasukkan ke dalam balang ianya
boleh jadi keras. Tips setelah milo dibuka
simpan didalam peti sejuk. Sama ada dimasukkan ke dalam baling atau
diikat dengan getah. Inshaa Allah so far yang Emi buat tak pernah lagi keras.
6. Mengelakkan getah
cempedak/nangka melekat di tangan
Lumurkan minyak masak ke atas pisau dan tangan sebelum
memotong buah tersebut.