Showing posts with label resepi mudah. Show all posts
Showing posts with label resepi mudah. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

Resepi mama : Sup Tulang Noxxa

Yeay mama datang lagi. Kalau mama datang Emi mesti nak masak resepi mama sebab resepi dari mama is very the easy dan sedap..Baru baru ni mama bawa daging kurban dengan tulang. Apa lagi
moh la kita buat sup tulang pakai periuk Noxxa , cepat dan mudah yang penting daging tu lembut sangat.



Bahan bahan
Tulang dan daging
Carrot, kentang (dipotong besar besar sebab takut nanti lembut sangat)
Halia
Perencah (serbuk) sup Adabi (mama cakap lagi sedap berbanding pakai sup bunyut)
Bawang merah dan bawanh putih untuk menumis
Halia
Gula garam
Air

Cara cara:
Masukkan daging, kentang, carrot, halia dalam periuk Noxxa kite
Emi suker menumis di atas kuali lepas tu baru transfer ke dalam periuk. Boleh juga tumis dalam periuk Noxxa kalau suke
Dalam satu mangkuk masukkan air dalam serbuk sup kite dan kacau
Tumis bawang kemudian masukkan bancuhan rencah sup tadi








Kemudian masukkan ke dalam periuk Noxxa tadi yang dah ade tulang. Masukkan air sampai tutup daging je jangan banyak banyak



Tutup periuk set high pressure 45 min. Dah siap bukak steam dan siap. Sedappp. Jom try.

XOXO
Love Yourself More
Emilita Nazlina

Friday, 24 June 2016

Resepi Mudah : Puding Caramel

As salam semua.. kalau tak der idea nak buat pencuci mulut untuk berbuka..hari ni Emi nak share satu resepi mudah iaitu puding caramel. Kawan Emi ade bagi resepi nih tapi Emi modify sket untuk bagi lagi senang.

Very the easy one. Untuk loyang kecik je tao. Kalau loyang besar just double up the ingredient

Bahan bahan:
Air suam  ½ cawan
Telur 3 biji
Roti gardenia 1 ½ keeping
Susu cair ½ tin
Susu pekat ½ tin or ikut la kalau nak manis tambah lagi
Esen vanilla 1 sudu kecil

Semua ni diblendkan sekali. Mudah kan..

Nak buat gula hangus : gula dalam 5-10 sudu besar (ikut kemanisan) panaskan di atas pan, make sure sentiasa kacau takut terhangus lak. Kacau kacau...

Bila dah cair dan keperangan  tuang ke dalam loyang.. make sure semua gula tu rata dalam loyang 
Lepas tu tuang bahan bahan yang dah diblend  tadi

Kukus dengan api sederhana dalam 40min

Dah siap ...tada.. Selamat mencuba

Menarik kan..sedap ooo



LOVE YOURSELF MORE

XOXO
EMI 017-3110580

Sunday, 19 June 2016

Resepi Mudah Mama : Kari Ikan Kering dan Kacang Buncis Goreng


Mak kiter kalau masak ape pun memang sedap kan. Nasi goreng biaser pun sedap.

Mama emi ni kalau masak die suker yang simple simple. Senang dan cepat nak buat. 

Okeh hari ni kalau saper yang tak der idea tu bole la try  kari ikan kering dan sayur yang sesuai makan dengan kari ni ialah kacang buncis telur.

My mama Normah Ahmad


Kari ikan kering



Bahan bahan:

Ikan kering  ikut kesukaan (ikan talang la yang selalu Emi buat)
Rempah kari ikan kering (Babas nyer sedap)
Nenas
Kacang panjang dan timun ni optional
Santan (emi santan M&S)

Bawang merah and bawang putih untuk di tumis dengan minyak dan dituang di atas kuah kari last sekali 
Emi suka bawang banyak sedapppp

Cara - cara:

Masukkan ikan kering + rempah kari + nenas dan sedikit air dalam periuk dan tutup sekejab

Dah mendidih masukkan santan + kacang panjang dan last sekali timun

Garam emi tak masukkan pun sebab dah masin dari ikan tadi dah ader. Maybe masukkan sedikit gula kalau nak adjust adjust raser tew.

Last sekali kiter masukkan bawang yang kiter tumis dengan minyak tadi. Masukkan dengan minyak tu skali tao.

Tada,... siap.

Kacang Buncis Goreng




Bahan bahan

Kacang buncis 
Cili merah  sabiji
Bawang besar sebiji pun ok
Telur sebiji
Kicap manis

Cara cara

Kacang buncis + bawang besar + cili merah  ditumis sekali
Dah agak  masak masukan telur dan kicap manis seckup raser
Garam  sedikit

Siap


LOVE YOUR SELF MORE
XOXO

Emi 017-3110580