Tuesday 17 February 2015

BV Alfalfa Concentrated

Apakah itu Alfalfa? 

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. 
Rhuper Alfalfa
Fakta Alfalfa
Minuman wajib setiap hari

Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. 

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium
Keistimewaan BV Alfalfa Concentrated 

Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan.

Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

BV Alfalfa


Mengalkalikan badan

Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.



Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.


Mengurangkan haba badan yang berlebihan

Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan


PERINGATAN: PESAKIT YANG MENGIDAP SLE (SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS) ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MENGAMBIL ALFALFA.


APA ITU SLE (SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS)
SLE adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindakbalas tehadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE ini tidak diketahui. 

Sir William Osler telah menenalpasti bahawa ramai orang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain.

For more information kawan-kawan boleh la visit www.hai-omarketing.com.my oleh itu ladies..

LOVE YOURSELF MORE
EMILITA NAZLINA
#thediamondcircle









No comments:

Post a Comment