Tuesday 4 August 2015

5 Sebab Anda WAJIB Minum 3 Liter Air Putih Sehari

Air Putih atau dikenali sebagai air masak atau air mineral adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita dari segi pelbagai sudut terutama kesihatan. Badan manusia mempunyai 70% kandungan air. Jika air kurang dalam badan, ia akan mengundang pelbagai komplikasi dari sudut kesihatan. 

Berikut adalah 5 Sebab Anda WAJIB Minum 3 Liter Air Putih Sehari.




1. Membantu menyingkirkan TOKSIN keluar dari badan

Air yang kita minum akan mencuci dalaman badan manusia daripada bahan toksin punca penyakit. Segala bahan toksin ini akan keluar melalui peluh dan air kencing. 

Selain itu, ia sangat membantu mencuci buah pinggang kita sekaligus mengelakkan risiko penyakit batu karang. 


2. Meningkatkan kesihatan kulit 

Kulit yang sihat dan cantik adalah kulit yang lembap, segar dan lembut. Air sangat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bertindak menjadikan kulit awet muda dan lambat berkedut. 


3. Meningatkan sistem imunisasi badan

Mereka yang kerap minum air putih 3 liter sehari mengalami kurang risiko untuk mendapat demam, selesema, batuk dan sebagainya. Hal ini kerana badan mereka sentiasa membuang toksin punca penyakit.


4. Rawatan Sakit Kepala Semulajadi 

Anda sering sakit kepala? Cuba semak semula berapa kerap anda minum air putih dalam sehari? Dalam cuaca negara kita yang panas lembap tidak menentu minum air putih 3 liter sehari adalah sangat digalakkan. 

Apabila kita sakit kepala, oksigen daripada air dapat dibekalkan ke kepala dan otak. Sekaligus, membantu mengurangkan masalah sakit kepala.


5. Membantu mengurangkan berat badan 

Ini adalah fakta. Ramai yang kata kalau gemuk air kena kurang minum air. Cuba semak dahulu air apa yang anda minum. Jika air manis memang menjadikan anda bertambah gemuk. Namun, jika anda amalkan minum air putih anda akan dapati badan lebih ringan dan perut semakin kempis. 

Tambahan pula, air putih mengandungi 0 kalori dan membantu membuang lemak dalam badan melalui sistem perkumuhan. 



Semoga anda lebih tahu betapa pentingnya minum sekurang-kurangnya 3 liter air putih setiap hari. 
Selamat beramal. 

Love Yourself More
Emilita Nazlina
017-3110580
The Diamond Circle

No comments:

Post a Comment